Pilihan Lantai Kayu Rumah di Malaysia

Lantai adalah ruang yang paling besar di dalam rumah anda dan mudah terdedah kepada kesan rosak dan lusuh.
Ini kerana, kesan rosak dan lusuh berlaku apabila anda kerap berjalan di atasnya, akibat anda mengheret/mengalihkan perabot ataupun anak-anak anda menjatuhkan mainan berat di atas lantai.
Oleh itu, lantai anda perlu mempunyai ciri ciri yang mampu tahan lama. Lantai yang kukuh dan terjaga boleh membuat perbezaan yang besar terhadap rumah anda dan meningkatkan nilai jualan semula rumah anda.

Dengan semua faktor-faktor ini untuk dipertimbangkan, proses pemilihan bahan binaan lantai untuk rumah anda sememangnya satu tugas yang susah dan mengelirukan, lebih-lebih lagi apabila terdapat banyak pilihan yang ada di pasaran. Lantai lamina di hadapan rumah di Petaling Jaya. Reka bentuk oleh Posh HomeJenis lantai kayu (dan kayu sintetik)
Jenis lantai yang paling banyak digunakan di rumah-rumah di Malaysia adalah lantai kayu, lantai lamina, lantai vinil, jubin, simen, dan marmar.

Tetapi jika anda ingin menghiasi dalaman rumah anda berdasarkan tema Scandinavia atau Bali, lantai kayu adalah pilihan yang paling sesuai sekali.
Dalam artikel di bawah, kita akan membandingkan jenis-jenis lantai kayu yang berbeza yang boleh digunakan oleh setiap pemilik rumah, seperti kayu keras dan kayu tereka bentuk. Kami juga akan menghuraikan bahan-bahan lantai yang direka untuk menyerupai kayu (kayu sintetik), seperti lantai lamina dan lantai vinil.

Sama ada lantai jenis kayu keras, lamina, atau vinil, pakar-pakar lantai kayu kami sedia membantu untuk mencantikkan dalaman rumah anda. Dapatkan sebut harga apabila anda membuat pesanan di Recommend.my.Lantai kayu keras (hardwood flooring)
Apa itu lantai kayu keras (hardwood flooring)?

Lantai kayu keras adalah, seperti namanya, diperbuat daripada 100% batang kayu tulen. Jenis lantai ini datang dengan pelbagai jenis pilihan berdasarkan spesies pokok kayu tersebut antaranya, Balau, Nyatoh, Merbau, Kempas, Cengal, Jati Burma dan Belian.

Terdapat juga spesies lain seperti kayu dari pokok Ash, Beech, White Oak, Tasmanian Oak, Russian Pine dan Walnut. Beberapa spesies pokok ini, seperti Merbau, Jati Burma, dan Belian, terkenal dengan ciri-ciri yang istimewa seperti anti anai-anai, yang membuatkan pokok ini sangat berharga dan tahan lama. Papan kayu keras
Lantai kayu keras terdapat dalam bentuk jalur (strip), papan (planks) dan parket (parquet). Segmen lantai kayu berbentuk jalur (strip) biasanya berukuran kira-kira 1 ½ ke 2 ¼ inci lebar manakala lantai kayu berbentuk papan (planks) mempunyai ukuran permukaan yang lebih lebar. Lantai parket (parquet) pula terdiri daripada dua petak individu yang membentuk corak geometri.

Lantai kayu batam keras sememangnya terbukti dari segi ketahanan dan tidak mudah rosak meskipun telah digunakan dalam tempoh masa yang lama. Oleh kerana itu, kebanyakan rumah-rumah lama dan tradisional (yang menggunakan lantai kayu keras) masih mengekalkan kecantikannya walaupun ratusan tahun telah berlalu. Malahan, jenis kayu ini akan matang dan menjadi lebih cantik jika dijaga dengan baik.

Namun begitu, kayu jenis ini juga boleh tercalar ataupun kemek. Jadi bagi menjaga lantai yang menggunakan jenis kayu keras, sebaiknya pemilik rumah perlu menggunakan permaidani ataupun karpet bagi mencegah kerosakan dan meredam sebarang bunyi hentakan yang berlaku terhadap lantai tersebut. Selain itu, penggunaan aksesori seperti pelekat pelindung atau sarung kaki kerusi juga boleh membantu mengelakkan kesan calar pada lantai.

Oleh kerana lantai kayu keras berasal dari kayu yang tulen, setiap keping kayu tersebut akan mempunyai corak yang berbeza. Anda juga akan dapat lihat tekstur, warna dan corak kayu yang berlainan bergantung kepada spesis kayu yang digunakan.

Setelah dipasang, anda boleh memberikan sentuhan tambahan terhadap lantai kayu keras tersebut dengan menggunakan bahan pewarna yang sesuai dengan citarasa anda, tetapi ramai yang memilih untuk mengekalkan warna asal lantai kayu keras mereka. Papan kayu keras diperbuat oleh kayu keruing. Sumber
Lantai kayu keras boleh diberikan kemasan baru menggunakan kertas pasir bagi mengubah corak asal kayu atau diwarna berulang-ulang kali. Ini bermakna, anda boleh menukar rupa lantai anda sepadan dengan hiasan dalaman rumah jika anda ingin melakukan pengubahsuaian terhadap rumah. Walau bagaimanapun, harus diingati bahawa lantai kayu keras anda akan menjadi semakin nipis jika anda kerap menggilap lantai tersebut.

Selain itu, Lantai kayu keras boleh dibersihkan dengan mudah menggunakan penyapu dan pembersih vakum. Sekali sekala, anda juga boleh menggunakan cecair pencuci lantai kayu.

Lantai kayu keras akan sedikit sebanyak mengeluarkan bunyi apabila anda berjalan diatasnya dan boleh menyebabkan gangguan bunyi kepada jiran anda, terutama jika anda menghuni bangunan tinggi seperti kondominium dan apartmen.

Lantai kayu keras sesuai digunakan di semua bilik kecuali bilik mandi atau di kawasan yang mudah lembap. Secara amnya, lantai kayu keras yang dipasang di lokasi (on-site finishing) akan mempunyai perlindungan yang lebih baik dari kelembapan berbanding lantai kayu pra-siap (pasang siap). Ini kerana, jika lantai kayu tersebut dipasang di lokasi, sealant lantai yang digunakan mampu mengisi ruang rongga antara kayu dan lantai asal dan dapat menghalang air daripada meresap ke dalam ruang rongga tersebut.

Kelebihan: Tahan lama; corak yang menarik; mudah untuk dibersihkan; mempunyai pelbagai pilihan; boleh diubahsuai berulang kali berdasarkan citarasa anda.

Kelemahan: Harga yang tinggi; mengeluarkan bunyi; terdedah kepada kesan calar dan kemek; sukar untuk dipasang; tidak sesuai untuk bilik-bilik berkelembapan tinggi.

Harga bermula dari RM22 / kaki persegi untuk kerja pemasangan dan pembekalan lantai kayu keras. Namun, harga ini mungkin berubah bergantung kepada jenis kayu batam yang digunakan.

Lantai kayu keras adalah jenis yang paling mahal jika dibandingkan dengan lantai lain yang menggunakan bahan seperti kayu tereka bentuk, lamina atau vinil. Walau bagaimanapun, lantai kayu keras boleh meningkatkan nilai jualan semula hartanah anda. Lantai Kayu Tereka Bentuk
Lantai kayu tereka bentuk diperbuat daripada beberapa lapisan papan lapis. Kemudian, lapisan papan lapis tersebut akan di ditambah dengan satu lapisan kayu keras yang berukuran 3mm di bahagian permukaan atas dan bawah (dikenali sebagai lapisan venir).

Lantai kayu tereka bentuk adalah alternatif yang popular untuk lantai kayu keras kerana ia menawarkan rupa bentuk dan corak yang hampir sama tetapi datang dengan harga yang lebih murah. Lantai jenis ini juga lebih mudah dan cepat untuk dipasang. Papan kayu tereka bentuk menunjuk lapisan venir di atas dan lapisan papan lapis di bawah Lantai kayu tereka bentuk datang dalam bentuk papan dan biasanya dilengkapi dengan ciri ciri mudah pasang seperti bucu sisi serong. Lantai jenis ini boleh dipasang menggunakan gam atau secara floating system (papan tidak disambungkan dengan lantai asal atau antara satu sama lain). Disebabkan cara pemasangan yang fleksibel, proses pemasangan lantai jenis ini lebih pantas dan lebih mudah untuk dibaiki sekiranya perlu.

Jika anda lebih suka untuk mempunyai rumah yang kelihatan teratur dan terjaga sepanjang masa, jenis lantai ini kurang sesuai untuk digunakan kerana ianya mudah terdedah kepada kesan calar dan kemek, sama seperti lantai kayu keras. Namun begitu, sesetengah pemilik rumah menjadikan kesan calar ini sebagai sebahagian daripada corak yang datang dengan lantai tersebut atau sebagai sentuhan unik setiap rumah. Selain itu, anda juga mempunyai pilihan untuk membaik pulih kesan calar dan kemek menggunakan floor wax repair kit.

Lantai kayu tereka bentuk boleh digilap dengan dengan kertas pasir dan diberikan kemasan baru. Tetapi oleh kerana ia hanya mempunyai satu lapisan nipis kayu keras sahaja, sebaiknya anda tidak menggilap lantai ini lebih daripada tiga kali sepanjang jangka hayat produk.

Bahan jenis ini sesuai untuk semua bilik, termasuk kawasan di mana kelembapan berkumpul, kerana selagi subfloor anda dipasang dengan betul, anda akan dapat menghalang kerosakan akibat kelembapan.

Kelebihan: Cantik; tahan lama; mudah untuk dipasang; sesuai untuk semua bilik.

Cons: Mudah tercalar dan kemek.

Dari RM20 / kaki persegi untuk kerja pemasangan dan pembekalan lantai kayu tereka bentuk. Harga ini bergantung kepada jenis venir kayu keras digunakan. Lantai lamina
Lantai kayu lamina datang dalam bentuk papan yang panjang dan terdiri daripada cantuman beberapa lapisan kayu.

Sumber: https://batamkayu.com/